campur-campur

blog aku berbahasa rojak...

Blogger Template by Blogcrowds

puasa..

kepada semua bloggers:-

aku nak wish

"selamat berpuasa"

*blog ni akan berhenti untuk beberapa hari..atau minggu..atau bulan..tengok la camne yer.. (,")

*untuk cik 'aku bukan bidadari'...tagged anda telah dijawab pada entry yg lepas(tajuk meow..meow..meow..)maaf,xsempat nak buat yg baru..sori yer.. :(

tiket bas dah habis.....TIDAAKKKK....

tiket bas ke utara untuk musim raya dah habis dijual....????

arggghhhhhhhhhh..............

tapi....

aku tak kisah.....

raya kali ini,aku balik naik kereta..................

anda pula bagaimana???ke tak balik raya...????

soal cinta,soulmate,jodoh,kahwin,lelaki,perempuan...


*entry ni mempunyai unsur-unsur yg mungkin membuatkan sesetengah pihak rasa nak muntah darah & berkahak hijau..jangan teruskan membaca,jika tak mahu mengalami sebarang masalah...hahhaha.. :P

**********************************************

Kes "dia"

Dia : Semua lelaki memang macam tu kan...suka hati nak datang & suka hati nak pergi
Aku : tak semua macam tu..ada yang baik..
Dia : Kenapa saya selalu kena macam ni..?
Aku : Sementara nak dapat yang betul..kita selalu jumpa yang salah dulu..1 hari nanti sure awak jumpe jugak soulmate awak.
Dia : Ye ke?
Aku : Ye lah..setiap dari kita ALLAH dah cipta akan ada couple for us..untuk kawin..
Dia :Habis tu..kenapa Ibu saya tak pernah jumpa soulmate dia??dari dulu...asyik kena naya dengan lelaki..kena pukul..tak pernah happy dengan lelaki..
Aku : (terdiam..)

Dia tengah agak-agak bengong sebab baru kena tinggal dengan ex dia..lepas tu, ex dia jadi lelaki gila talak pulak sekarang..asyik cari dia marata tempat...Kemudian,dia jumpa lelaki baru dalam hidup,tapi lelaki baru tu pulak hilang macam tu je..

Dia sedih.Frust.Kecewa dengan lelaki.Semua sebab pengalaman yang dia lalui sejak kecil...hidup dengan ayah kaki pukul..hanya dibesarkan dengan ibu tanpa ayah..buat persepsi dia pada lelaki semakin teruk..

Dia label lelaki semua memang macam tu..Suka duga hati perempuan...Suka main-main dengan hati perempuan...


Kes "Miss X"

Miss X : Aku tau bf aku ade pompuan lain...
Team A : Habis tu..buat bodoh je??dah dia curang..tinggal je..cari lain
Miss X : Tak boleh..aku dah tak ada hati untuk orang lain..semua untuk dia..
Team A : Lelaki memang macam tu..kita dia simpan buat stok bini.at the same time flirt ngan pompuan lain..habis tu???..nak biar je.??.
Miss X : Aku dah sedia dengan dunia poligami...lelaki memang macam tu.tak pernah cukup 1.
Team A : Ya allah (dengan nada bengang..)..orang macam kau nilah yang buatkan kerajaan wujudkan kementerian wanita..lembik...lemah..selalu mengalah..
Miss X : habis tu??tak kan aku nak sia-siakan relationship yang dah dekat 4 tahun ni?
Team A : Kau tak boleh hidup dalam denial..sabar konon..lepas tu,dah kawin..lain pulak yang jadi..

Team A sedang brain wash Miss X,akibat kesengalannya dalam pertahankan cinta..Miss X,sudah bersedia dipoligami,sedangkan kawin pun belum..kalau itu kehendak takdir,dia pasrah,katanya lagi.

Team A tak puas hati...bantai lagi dan lagi...sesi perbualan yang panas..

Akhirnya..Miss X tetap dengan prinsip cinta sejatinya..bertahan walau ditipu..


Kes jiran Aku

Seorang makcik..sedang dalam pantang lepas bersalin anak ke-2..berehat dan dijaga oleh maknya di kampung.suami ditinggalkan di rumah..Laki bila duduk rumah,bini jauh..langkah & akal mula panjang...

Laki dia ditangkap bersekedudukan dengan seorang perempuan..perempuan tu pulak ex-skoolmate kakak aku...kecilnya dunia..pi mai pi mai kena cekup dengan orang yang dikenali...laki dia merayu dengan mak bapak aku,supaya tutup mulut & jangan bagitau bini dia...atas sebab tertentu,parents aku tutup mulut..malas nak besar-besarkan cerita..

Sejak insiden tu.setiap kali aku bertembung dengan mamat nih...dalam hati aku mesti maki tak sudah..depan bini tunjuk baik...tapi perangai macam sial...mahu je aku potong “bawah” kau..lepas tu aku blend campur dengan carrot + susu bagi kau minum..baik kau mampus je dari asyik buat-buat baik...tapi belakang mengalahkan syaitan..



*************************************************

3 kes di atas bukan rekaan.tapi yang betul-betul terjadi..walaupun ada perkataan yang aku pakai tambah sesedap rasa...ala,barulah feel..tapi pokok pangkalnya masih sama..minggu ni je,aku berdepan dengan macam-macam jenis masalah cinta yang terjadi dekat orang sekeliling..

Mangsanya adalah perempuan..ditindas oleh lelaki..

Kesimpulan

Soal jodoh,cinta & kawin adalah benda yang kita tak boleh nak duga.. dengan siapa kita kawin...apa yang akan terjadi dengan perkahwinan..bahagia?kecewa?poligami?kawin 2,3,4 ??

Adakah semua lelaki sama?selalu zalim pada wanita?secara peribadinya,aku rasa tak semua macam tu..carilah lelaki..jangan cari spesies jantan..memanglah hidup seksa kalau tersalah pilih..yang salah adalah individu,bukan gender..sama juga dengan dunia perempuan,ada yang baik & ada yang tak...

macam mana nak tahu yang terbaik untuk kita..?

Jawapannya:-
Terletak pada ALLAH S.W.T....
Ingatlah satu benda..jodoh yang baik telah ditentukan untuk orang baik juga...itu pesan ALLAH s.w.t pada hamba-hambaNYA...
DIA dah tentukan..soal jodoh & kahwin dah diatur..


Nota untuk mereka yang terlibat dalam sesi perbualan di atas:-
*jangan marah dekat aku,sebab tulis entry pasal korang..identiti anda dirahsiakan..jangan risau
*apa yang aku tulis..adalah apa yang aku rasa..kalau tak puas hati..lantaklah,ni blog aku,suka hati akulah..